RSS
...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Motivasi Diri Sendiri....



1 - Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

2 - Tidak ada manusia hidup untuk gagal tetapi tidak merancang adalah merancang gagal.

3 - Your failures do not define you.

4 - Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

5 - Jangan sesekali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

6 - Hidup biar berbakti walaupun tidak dipuji.

7 - Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

8 - Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia iaitu kerja dan bukan usia.

9 - Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

10 - Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

11 - Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adap dan budi pekerti.

12 - Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ia digunakan.

13 - Apabila engkau berazam, maka bertawakallah kepada Allah - Ali Imran : 159.

p/s: renung-renungkan dan muhasabah diri kita...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

percaya je la...


p/s: percayalah!! semua perkara adalah tidak mustahil untuk kita capai..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Hijrah Rasullullah SAW



p/s: Salam Maal Hijrah 1433. Jom sama-sama hayati kisah hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga kita dapat pengajaran dari kisah ini..insyaAllah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Basuh Anak Selepas Tembak????

JASIN - Sepasang suami isteri Orang Asli merupakan antara tiga yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak mereka yang terkena tembakan di Kampung Orang Asli, Gapam, Selandar di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan anak bongsu daripada tiga beradik, Aszalie anak Arshad, 2, meninggal dunia selepas cedera parah di perut dan belakang badan.

Difahamkan, pasangan tersebut kemudian bertindak membersihkan darah pada badan anak mereka dan membuang senjata yang digunakan ke dalam paya berhampiran dengan rumah.

Bagaimanapun, kejadian itu sampai juga ke pengetahuan polis apabila Tok Batin kampung menghubungi pihak berkuasa setengah jam kemudian.

Selain pasangan berusia 31 dan 37 tahun itu, polis turut menahan bapa saudara mangsa berumur 25 tahun selepas ketiga-tiganya memberi keterangan yang meragukan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, mengikut keterangan bapa mangsa, kejadian itu berlaku apabila anaknya cuba merebut senjata api itu daripadanya.

"Selain itu, sebaik tiba, kita dapati tubuh mangsa telah dibersihkan oleh keluarganya termasuk tempat kejadian iaitu di dapur.

"Pemeriksaan di dalam rumah menemui sembilan kesan tembakan peluru penabur pada dinding. Di luar rumah pula, kita menemui tujuh butir peluru senapang patah yang belum digunakan," katanya.

Sumber: kosmo, November 22, 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demi Lovato - Skyscraper official video and lyrics


Skies are crying
I am watching
Catching teardrops in my hands
Only silence as it's ending, like we never had a chance
Do you have to, make me feel like there is nothing left of me?

[Chorus]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

As the smoke clears
I awaken, and untangle you from me
Would it make you, feel better to watch me while I bleed?
All my windows, still are broken
But I'm standing on my feet

[Chorus]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

[Bridge]
Go run, run, run
I'm gonna stay right here
Watch you disappear, yeah
Go run, run, run
Yeah it's a long way down
But I am closer to the clouds up here

You can take everything I have
You can break everything I am
Like i'm made of glass
Like i'm made of paper, Ohhh woaah
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground

Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

p/s:layan..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati-Hati dengan RM50 Palsu


Pandangan hadapan

Padangan belakang

p/s: berhati-hatilah kita apabila menerima note RM50 ni. takot-takot kita pulak yang dapat duet palsu ni...

SUMBER: melayukini.net

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion. Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan. Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

p/s:moga-moga kita mendapat maanfaat bersama pada masa akan datang..insyaAllah.amin

CREDIT:YAHOO NEWS.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Note RM50 yang baru!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iced Jelly Mahkota Parade

Hello kawan2..lama tak update blog aku ni..sibuk skit sebelum ni smpai tak sempat nak update..

Arini nak kongsi tentang Iced Jelly kt Mahkota Parade Melaka..memang sedap.rugi kalau korang datang melaka tapi tak singgah kat food court mahkota parade..gerai no 3..sedap...


Ni gambar Ice Jelly tu..tengok macam simple je kan..tapi rasa die memang sedap..masam,manis mmg cukup la...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 waktu mustajab doa bulan puasa

Waktu yang Allah bukakan pintu rahmat seluas-luasnya untuk kita berdoa semasa bulan puasa ni:-

1)Waktu dinihari (sebelum subuh-dalam pukul 4-subuh)
2)Waktu diantara 2 khutbah Jumaat (mase imam duduk sebelum sambung khutbah ke-2)
3)10-15 minit sebelum waktu berbuka puase (bukan waktu makanan dah kat mulut.sblm tu la)

p/s:mari la kita sama-sama meningkatkan doa masa bulan yang penuh barakah ini.moga Allah perkenankan doa kita.insyaAllah
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baucer Makanan Malaysia Vs Singapore...



hello...sapa2 yg ada kt area ayer keroh esk 23/07/2011 jom la lepak tngk bola kt subaidah MITC melaka..HOT fm ada bg baucer makanan kepada siapa yg dtg pkai jersey MALAYSIA..dtg kol 6.30 ptg...ni limit utk 100 org yg pertama je tau..

p/s:mknn kt SUBAIDAH tu agak mahal gak la..gse cam nk p gak la...ley try mknn yg mahal2 skit(klu dpt la..)...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

World Cup Qualifying 2014 - Malaysia vs Taiwan [2-1]

[28'] SAFIQ RAHIM


[54'] AIDIL ZAFUAN


[76'] Cheng Po Liang


Video : sokernet.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Arsenal buru Juan Mata?


Arsenal memulakan perburuan pemain dengan mendekati pemain tengah Valencia, Juan Mata. The Gunners telah menawarkan bayaran tinggi bagi mendapatkan pemain muda Sepanyol tersebut.


Arsenal berjanji akan sibuk di pasaran pembelian pemain pada musim panas ini untuk mendatangkan pemain berbakat bagi menguatkan pasukan. Setelah berjaya mendapatkan pertahanan muda Carl Jenkinson, Mata muncul sebagai buruan utama kelab Barat London itu.

Arsenal telah menawarkan wang sejumlah 18 juta pounds. Jika menjadi kenyataan, nilai ini menjadi jumlah terbesar buat Arsenal yang selama ini dikenal bersederhana dalam pembelian pemain.

Jumlah tersebut juga melebihi rekod pembelian tertinggi kelab selepas pembelian Andrey Arshavin dari Zenit St. Petersburg sekitar 13 juta pounds.

Dalam Official Website, Arsenal juga telah mengadakan perbincangan dengan ayah kepada Mata, Juan yang juga agen kepada pemain tersebut.

Pemuda berusia 23 tahun ini dikatakan bakal mengisi posisi Cesc Fabregas yang berkemungkinan akan berhijrah ke Barcelona.

Menurut media Sepanyol, Fabregas yang kini tengah bercuti bersama Carles Puyol dan Gerrard Pique dikabarkan telah menolak untuk bersama Arsenal untuk menjalani latihan pra-musim yang akan bermula pada bulan Julai ini.

Mata juga dikaitkan dengan kelab besar lain seperti Liverpool. Mata dikatakan merupakan pengganti Luiz Suarez.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mexico Juara!!! Highlights dan Berita




8'[1-0] M. Bradley
23'[2-0] L. Donovan
29'[2-1] P. Barrera
36'[2-2] A. Guardado
50'[2-3] P. Barrera
76'[2-4] G. d. Santos



Mexico tampil bergaya sebagai juara Piala Emas dengan membenamkan Amerika Syarikat 4-2 dalam perlawanan akhir yang semalam. Mexico bangkit daripada ketertinggalan 2-0 kepada AS sebelum bangkit mencari rentak kemenangan dengan jaringan 4-2.

AS membuka jaringan pada minit-minit awal permainan iaitu pada minit kelapan permainan. Michael Bradley menanduk masuk bola ke gawang Mexico hasil sepakan sudut Freddy Adu.

Pada minit ke-23 AS menggandakan jaringan menjadi 2-0 hasil jaringan Landon Donovan. Landon Donovan memanfaatkan lorongan cantik Clint Dempsey dengan sepakan kaki kiri yang tepat ke gawang Mexico.

Mexico mengurangkan defisit gol hasil jaringan Pablo Barrera pada minit ke 29 selepas mendapat umpanan daripada Javier Hernandez dan menolak bola melepasi penjaga gol AS Tim Howard.

Tujuh minit berselang, Mexico berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2. Pertahanan AS gagal mengeluarkan bola hantaran Giovani dos Santos dari sebelah kanan padang sebulum dapat kepada Andreas Guardado sebelum di tendang masuk untuk jaringan penyamaan Mexico.

Pada babak kedua, Mexico terus mengasak dan berjaya menjaringkan gol awal separuh masa kedua iaitu pada minit ke 50. Barrera sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan menjadi mesin pencetak gol ketiga Mexico dan kedua bagi dirinya pada perlawanan tersebut hasil sepakan cantik dari sebelah kiri gawang AS.

Mexico mengukuhkan lagi kedudukan pada minit ke 76 hasil jaringan Giovani dos Santos yang berjaya memperdaya Tim Howard dan 6 pemain AS sebelum menolak bola lambung masuk kedalam gawang AS. Tim Howard hanya mampu melihat jaringan tersebut selepas gagal mengejar Giovani dos Santos untuk menangkap bola.

Kejayaan Mexico ini adalah yang ke 9 dalam sejarah penyertaan mereka dalam Piala Emas ini selepas menang pada tahun 1965, 1971, 1977, 1993, 1996, 1998, 2003 dan 2009. Kemenangan ini menolak keraguan ramai pihak selepas lima pemain Mexico yang gagal dalam ujian doping pada awal kejohanan berlangsung.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wonder Kids - Maddi Jane

Pernah dengar nama Maddi Jane?Ade sesiape yang tahu mengenai Maddi Jane ni?Ok. Hari ini saya akan menceritakan tentang seorang ‘wonder-kids’ iaitu Maddi Jane. Tapi tak banyak maklumat berkaitan Maddi Jane yang saya nak kongsikan di sini.


Beliau merupakan kanak-kanak berumur 11 tahun dan mempunyai bakat yang sangat besar dalam bidang nyanyian dan hanya mempunyai tiga video di Youtube setakat ini. Tetapi saya menjangkakan akan ada beberapa keluaran lagu lain yang benar-benar berkualiti daripada beliau pada masa hadapan.

Disini saya poskan tiga video Maddi Jane ini dan satu lagi daripada Show Ellen. Jom kita layan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Kejayaan Chicarito Di Manchester United



Javier Hernandez (Chicarito) menjadi pemain yang tampil mengejutkan buat Manchester United pada musim lalu. Chicharito yang dibeli oleh Alex Ferguson dengan harga yang agak murah dari Chivas telah membuktikan kebolehan diri bersama pasukan barunya dengan menjadi pemain yang berjaya pada musim pertamanya di England dengan menjaringkan 20 gol.

Chicharito mengakui peranan besar kelab MU dalam membentuk dirinya hingga menjadi pemain yang menyerlah dengan cara permainan 'Red Devils'."Saya bekerja keras di kelab besar seperti Manchester," ujar Chicharito.

"Saya bangun seawal pukul 8 pagi, saya sarapan lalu terus berlatih. Di sana saya bekerja keras dan seterusnya berlatih lebih keras di gim," tambah penyerang yang mempunyai kepantasan dalam larian itu.

Salah satu langkah pertama yang dilakukan MU kepada Chicharito adalah memperbaiki postur badan. Semasa Chicharito tiba di MU, Alex Ferguson menyatakan bahawa Chicharito harus menambah berat badan supaya dapat bersaing dengan pemain-pemain lain dalam Liga Perdana Inggeris.

Jurulatih kecergasan MU Tony Strudwick dan saintis sukan MU Gary Walker kemudian bekerja sama untuk menyusun jadual latihan Chicharito agar pemain bertinggian 175 cm itu lebih berotot.

Dalam program itu, Chicharito diwajibkan datang sejam lebih awal berbanding pemain-pemain lain di MU. Setelah pemanasan badan dilakukan, Chicharito kemudian diberikan dengan sejumlah latihan beban.

Selain membentuk tubuh, MU juga menetapkan diet yang ketat kepada Chicharito. Dia juga diminta membuat senarai makanan ala Mexico yang dia sukai, kemudian para chef di dapur MU akan memasakannya dengan nilai gizi yang lebih tinggi dan yang paling penting adalah rendah lemak.

Chicharito adalah seorang pemain yang menurut arahan dan tidak banayak songeh. Semua latihan dan pemakan yang diberikan diikuti dengan baik kerana itulah kunci kejayaan sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

"Saya dididik orang tua saya seperti itu. Jika kamu mengimpikan sesuatu dalam hidup, maka kamu harus bekerja keras. Saya tahu bola sepak ini adalah pekerjaan, tetapi saya sangat mencintainya," tegas Chicharito.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 sebab Leonardo tinggalkan Inter



1. Wang: Pemilik baru Paris Saint-Germain berasal dari Qatar dikatakan menawarkan gaji tinggi sehingga lima juta setiap musim bagi Leonardo.

2. Kontrak: Sebelum PSG membuat tawaran kepada Leonardo, dia pernah meminta kontrak jangka panjang sehingga musim panas 2013, tetapi permintaannya itu ditolak Massimo Moratti.

3. Permindahan pemain: Kebelakangan ini Leonardo meminta Moratti membuat tawaran kepada Kaka dari Real Madrid dan sebagai gantinya Inter harus merelakan Maicon dilepaskan. Idea ini ditolak oleh Moratti.

4. Coach: Leonardo dikatakan ingin menggantikan Giuseppe Baresi dengan orang kanannya iaitu Angelo Castellazzi. Tetapi Baresi tidak tersentuh mengenai perkara tersebut dan Moratti mustahil melepaskan Baresi.

5. Penyokong fanatik AC Milan: Beberapa sumber tak rasmi menyatakan bahawa Leonardo sudah tidak selesa berada di kota Milan. Ramai penyokong fanatik Milan melabelkan Leonardo sebagai pengkhianat sejak menyertai Inter bulan Januari lalu. Kehidupan Leonardo mulai terganggu dan dia berada dalam tekanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembedahan Kembar Siam (Fara dan Saba Shakeel)


Dr Benjamin Carson dari Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore akan menjalankan pembedahan jika keluarga Saba dan Fara memberikan kebenaran. Operasi pembedahan akan dilakukan di hospital swasta di Delhi di mana kembar telah menjalani ujian.


Kembar Siam jarang ditemui dan hanya berlaku dalam kira-kira satu dalam setiap 200,000 kelahiran. Saba dan Fara adalah salah satu kembar yang bercantum di kepala, telah diperiksa di Hospital Delhi Apollo.

Dr Carson menyatakan bahawa kembar 10-tahun itu dapat dipisahkan selepas menjalankan beberapa siri ujian di hospital berkenaan. "Dr Carson merupakan ketua proses pembedahan secara keseluruhan," Anjali Kapoor Bissell, jurucakap Hospital Apollo.

"Beliau berpendapat ia adalah mungkin untuk menjalani pembedahan itu. "Sudah tentu aka nada risiko yang terlibat. Semua ini adalah bergantung kepada kaunseling dan persetujuan daripada keluarga," kata Cik Bissell.


Komplikasi Semasa Pembedahan


Saba dan Fara adalah kembar yang bercantum di kepala dan berkongsi arteri yang membawa darah ke hati mereka dan saluran darah masuk ke dalam otak.

Kerumitan tambahan adalah kerana salah seorang daripada mereka iaitu Fara mempunyai dua buah pinggang manakala Saba pula tiada dan ini memerlukan pemindahan buah pinggang.
"Kami telah memberi banyak masa kepada ibu bapa Fara dan Saba memikirkan tentang perkara ini (pembedahan) dan membuat keputusan," pediatrik hospital Anupam Sibal.

Ketua neurosurgery pediatrik di Pusat Johns Hopkins Kanak-kanak, dan pasukan doktor menjalankan angiografi otak untuk menentukan sejauh mana kembar siam ini berkongsi urat yang membekalkan darah ke otak mereka.

Bapa kembar siam ini', Mohammad Shakeel Ahmad menyatakan bahawa beliau berharap keajaiban berlaku.


Copy and Edited from :BBC news

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penderitaan Kembar Siam (Saba dan Fara Shakeel): Bapa Pohon Anak Mati


PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal.





Benjamin Carson

p/s: Kesian aku tengok kembar siam ni. Aku dengar pembedahan akan dilakukan yang diketuai oleh doktor Benjamin Carson ni. Klik sini untuk baca maklumat lanjut tentang pembedahan gadis kembar siam ni.


Sumber : kosmo, bbc

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Funny Sports Momments








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Home & Away Kit 2011/12 (Malaysian Pride)

Home and Away kit bagi kelab Cardiff City bagi musim hadapan sangat menarik kerana pada bahagian hadapan jersey tersebut terdapat tulisan Malaysia.Jom kita ushaa. Apa komen korang??

Cardiff City Home Kit 2011/2012



Cardiff City Away Kit 2011/2012



Malaysia in front of Cardiff City Kit 2011/2012




Sumber : Cardiff City FC


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gerhana Bulan Kemerah-Merahan?Why?

Cerita tentang gerhana yang berlaku aritu korang boleh bace kt sini..arini saya nak kongsi cerita tentang sambungan gerhana bulan penuh aritu..kenapa bulan tu berwana kemerahan..

Gerhana Bulan Penuh


Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan menarik malam tadi apabila debu dari gunung berapi dekat Chile mengubahnya menjadi berwarna kemerah-merahan.

Saintis berkata fenomena khusus – dikenali sebagai gehana bulan penuh sering mempamerkan warna tembaga. Namun, tahap warna bergantung pada jumlah debu dan habuk di atmosfera.

Mereka yang gemar merenung bulan bertuah kerana terdapat banyak debu di udara menjadikan bulan muncul berwarna jingga atau kemerahan terutamanya di kawasan sebelah asia.

Insiden dramatic gerhana bulan penuh paling lama itu sejak tahun 2000 mengubah bulan menjadi kemerah-merahan selama 100 minit ketika gerhana bulan penuh.

Namun, rakyat eropah terlepas peluang untuk melihat peringkat awal gerhana kerana ia muncul sebelum bulan mengambang.

Gerhana itu bermula jam 6.24 petang dan berakhir pada tengah malam tetapi matahari tidak tenggelam di United Kingdom hingga jam 9.19 malam.

Sumber : harian metro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Telemovie InsyaAllah - Sinopsis


Download Here

Telemovie InsyaAllah meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap yang menonton dan menghayati cerita. Cerita ini mengisahkan tentang kepayahan nenek untuk membesarkan cucu-cucu kesayangannya seramai tiga beradik yang kehilangan ibu bapa kerana maut dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pulang ke umah neneknya selepas melawat sedara mereka yang berada di ICU.

Abang yang sulung memang dibesarkan di kampong oleh neneknya. Dia memang sudah biasa hidup bersederhana di kampong. Abang yang sulung ini mempunyai hati yang lembut dan sangat perihatin dengan kesusahan yang dilalui oleh neneknya. Dia sanggup menolong neneknya kerana tidak sanggup melihat neneknya kepenatan keseorangan melakukan kerja.

Kesibukan ayah dan mama menyebabkan mereka jarang pulang ke kampong. Kekangan ini menyebabakan adik-adiknya kurang diberi perhatian oleh keluarga. Mereka diberikan kemewahan sehinggakan mereka kurang bersyukur. Adik bongsunya pula sangat degil kerana terlalu dimanjakan oleh kedua ibu bapa mereka.

Pemergian kedua ibu bapa keluarga tersebut bagaikan sudah diketahui kerana sebelum bapanya bergerak ke Pulau Pinang, mereka ada berpesan kepada anak sulung mereka supa menjaga adik-adik kerana jika ibu bapa mereka tiada anak sulung mereka itulah yang bakal menjadi ketua keluarga.

Setelah pemergian kedua ibu bapanya, kehidupan mereka menjadi serba kekurangan kerana mereka dahagakan kasih sayang ibu bapa. Banyak halangan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh neneknya disebabkan kedegilan si adik yang sedang membesar itu. Tapi lama kelamaan, si adik ni mula faham dan semakin lembut hatinya menerima nenek dan abangnya itu.

Adik perempuannya pula agak sombong dan tidak mendengar nasihat orang. Dia sangat keras kepala. Saatu kejadian telah berlaku yang menyebabakan dia telah berubah menjadi lebih baik, dengar nasihat, pakai tudung.

p/s: Cerita ini menjadi pengajaran berguna kepada kita agar menjadi insan yang menyayangi keluarga kita. Semoga kita dapat ambil pengajaran daripada cerita ini.

Kredit to: myjaki.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Download KL Gangster OST






Artis : Filsuf feat Erna
Title : Takhta (OST KL Gangster)


Di mana tempat adanya kuasa
Di situ juga adanya angkara
Di mana ada namanya manusia
Di situ juga adanya punca propaganda hipokrasi
Yang rendah ingin menjadi tinggi
Dan yang tinggi ingin mendominasi
Yang lemah ingin menjadi gagah
[00:21.03]Dan yang gagah ingin terus berada di atas


Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara-saudara ku
Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju
Peduli apa katamu, peduli apa kau mahu
Bila senjata ku hunus
Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu
Cuma hanya ini yang ku mahu

Bila kau menjadi kaku
Bila kau sudah layu
Bila kau tiada lagi bernyawa
Aku sudah berada di atas takhta

Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya


Saudara ku, yang berada disekelilingku
Saudaraku, yang sanggup menempuh maut dgn ku
Saudaraku, yang hidup mati bersama aku
Saudaraku, yang telah gugur kerana aku

Kerana kuasa aku telah menjadi lupa
Kerana kuasa aku hampir binasa
Hampir ku hilang nyawa, hampir musnah semua
Ibarat mati hidup semula
Ku diberikan peluang untuk kali yang kedua

Supaya aku sedar
Supaya tak mudah lagi lupa
Supaya tak mudah megah
Dan di atas pasti kebawah

Giliran di bawah berlumba-lumba bersedia menanti masanya
Untuk menimpa mengambil alih takhta
Tiada yang kekal lama semuanya hanya sementara
Kerana punca kerana angkara kerana kuasa dan takhta
Tiada yang lebih berkuasa selain dari yang berkuasa

Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gerhana Bulan Penuh 16 Jun (2.20 a.m)

Pada tahun 2011 ini, akan berlaku 2 kali gerhana bulan iaitu pada 16 Jun 2011 (2.20 am) dan pada 10 Disember 2011 (20.30 pm).

Dengan lebih tepat, ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi.
Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.





Pada malam ini kita boleh saksikan sendiri kejadian gerhana bulan yang berlaku. Banyak tempat-tempat yang kita boleh nampak dengan jelas kejadian Maha Pencipta ini. Contohnya di masjid negara akan disediakan teropong besar bagi tujuan melihat gerhana bulan tersebut.

Tidak semestinya kita keluar pergi melihat sendiri, di internet juga bakal ada gambar Live kejadian gerhana bulan ini. Gambar-gambar akan dapat dilihat dalam page facebook "Malaysia Lunar Eclipe".

Malaysia Lunar Eclipe

Ada juga radio yang menyediakan slot Gerhana Bulan Live Radio 24@ FM 93.9 (Lembah Kelang) atau streaming web di bawah, pada jam 5.30 petang & 10.30 malam ini.

http://www.ada.fm/

Selain itu juga, korang g la jenguk-jenguk page "falak-online" ni kerana banyak info berkaitan dengan gerhana bulan yang akan berlaku malam ni.

falak-online

Sekadar berkongsi coret-coret. Enjoy reading!!

Sumber :
Malaysia Lunar Eclipe

falak-online
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Undang-undang pelik dunia!!!

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDEN :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari minggu.

GREECE :
* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
* Dilarang memakai handiplast luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA -ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai misai palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :
* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT
* Dilarang mencium isterinya di hari Minggu.

- FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

p/s: Aku baca pun nk tergelak dengan undang-undang ni...pelik-pelik je.tapi ade kebaikan kot.aku pn xpasti sbb aku pn xpernah g oversea..kne tnye org sne la kn..yg pasti,mmg menarik la utk dikongsi.hope korang sume enjoy ngn post kali ni k...luv u all!!!

sumber:berita-harian-online.com
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ryan Giggs ketagihan seks???


Apa dah jadi dengan pemain popular Man Utd sorang ni...dulu kecoh pasal Wayne Rooney,skg si Ryan ni pulak...cerita yang hampir sama dengan si Rooney jugak la.


Kisah pemain tengah MU itu menjalinkan hubungan sulit selama lapan tahun dengan adik iparnya, Natasha dan peserta program realiti televisyen Big Brother, Imogen Thomas terbongkar pada minggu lalu.

Dia dikatakan rela masuk pusat permulihan bagi merawat masalah ketagihan yang dialaminya. Diharapkan Ryan akan berubah selepas ini..Go The Red Devils!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WaNiTa DaN KeCanTiKaN...PaLsU???

Cantik luaran lebih penting daripada cantik dalaman??Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.


Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.


Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.


Banyak kajian mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal 'sepuluh inci'.



Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.



Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.


Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.


Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.


Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.


Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.


Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hensem; hingga kita berkata dalam hati, 'Buta ke dia?'


Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS