RSS
...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Basuh Anak Selepas Tembak????

JASIN - Sepasang suami isteri Orang Asli merupakan antara tiga yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak mereka yang terkena tembakan di Kampung Orang Asli, Gapam, Selandar di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan anak bongsu daripada tiga beradik, Aszalie anak Arshad, 2, meninggal dunia selepas cedera parah di perut dan belakang badan.

Difahamkan, pasangan tersebut kemudian bertindak membersihkan darah pada badan anak mereka dan membuang senjata yang digunakan ke dalam paya berhampiran dengan rumah.

Bagaimanapun, kejadian itu sampai juga ke pengetahuan polis apabila Tok Batin kampung menghubungi pihak berkuasa setengah jam kemudian.

Selain pasangan berusia 31 dan 37 tahun itu, polis turut menahan bapa saudara mangsa berumur 25 tahun selepas ketiga-tiganya memberi keterangan yang meragukan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, mengikut keterangan bapa mangsa, kejadian itu berlaku apabila anaknya cuba merebut senjata api itu daripadanya.

"Selain itu, sebaik tiba, kita dapati tubuh mangsa telah dibersihkan oleh keluarganya termasuk tempat kejadian iaitu di dapur.

"Pemeriksaan di dalam rumah menemui sembilan kesan tembakan peluru penabur pada dinding. Di luar rumah pula, kita menemui tujuh butir peluru senapang patah yang belum digunakan," katanya.

Sumber: kosmo, November 22, 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

nolove said...

kejam nya... pape pon memang cantik ar blog mia