Posts

Showing posts from June, 2011

World Cup Qualifying 2014 - Malaysia vs Taiwan [2-1]

Image
[28'] SAFIQ RAHIM [54'] AIDIL ZAFUAN [76'] Cheng Po Liang Video : sokernet.com

Arsenal buru Juan Mata?

Image
Arsenal memulakan perburuan pemain dengan mendekati pemain tengah Valencia, Juan Mata. The Gunners telah menawarkan bayaran tinggi bagi mendapatkan pemain muda Sepanyol tersebut. Arsenal berjanji akan sibuk di pasaran pembelian pemain pada musim panas ini untuk mendatangkan pemain berbakat bagi menguatkan pasukan. Setelah berjaya mendapatkan pertahanan muda Carl Jenkinson, Mata muncul sebagai buruan utama kelab Barat London itu. Arsenal telah menawarkan wang sejumlah 18 juta pounds. Jika menjadi kenyataan, nilai ini menjadi jumlah terbesar buat Arsenal yang selama ini dikenal bersederhana dalam pembelian pemain. Jumlah tersebut juga melebihi rekod pembelian tertinggi kelab selepas pembelian Andrey Arshavin dari Zenit St. Petersburg sekitar 13 juta pounds. Dalam Official Website, Arsenal juga telah mengadakan perbincangan dengan ayah kepada Mata, Juan yang juga agen kepada pemain tersebut. Pemuda berusia 23 tahun ini dikatakan bakal mengisi posisi Cesc Fabregas yang berkemungkinan akan

Mexico Juara!!! Highlights dan Berita

Image
8'[1-0] M. Bradley 23'[2-0] L. Donovan 29'[2-1] P. Barrera 36'[2-2] A. Guardado 50'[2-3] P. Barrera 76'[2-4] G. d. Santos Mexico tampil bergaya sebagai juara Piala Emas dengan membenamkan Amerika Syarikat 4-2 dalam perlawanan akhir yang semalam. Mexico bangkit daripada ketertinggalan 2-0 kepada AS sebelum bangkit mencari rentak kemenangan dengan jaringan 4-2. AS membuka jaringan pada minit-minit awal permainan iaitu pada minit kelapan permainan. Michael Bradley menanduk masuk bola ke gawang Mexico hasil sepakan sudut Freddy Adu. Pada minit ke-23 AS menggandakan jaringan menjadi 2-0 hasil jaringan Landon Donovan. Landon Donovan memanfaatkan lorongan cantik Clint Dempsey dengan sepakan kaki kiri yang tepat ke gawang Mexico. Mexico mengurangkan defisit gol hasil jaringan Pablo Barrera pada minit ke 29 selepas mendapat umpanan daripada Javier Hernandez dan menolak bola melepasi penjaga gol AS Tim Howard. Tujuh minit berselang, Mexico berjaya menyamakan kedudukan men

Wonder Kids - Maddi Jane

Image
Pernah dengar nama Maddi Jane?Ade sesiape yang tahu mengenai Maddi Jane ni?Ok. Hari ini saya akan menceritakan tentang seorang ‘wonder-kids’ iaitu Maddi Jane. Tapi tak banyak maklumat berkaitan Maddi Jane yang saya nak kongsikan di sini. Beliau merupakan kanak-kanak berumur 11 tahun dan mempunyai bakat yang sangat besar dalam bidang nyanyian dan hanya mempunyai tiga video di Youtube setakat ini. Tetapi saya menjangkakan akan ada beberapa keluaran lagu lain yang benar-benar berkualiti daripada beliau pada masa hadapan. Disini saya poskan tiga video Maddi Jane ini dan satu lagi daripada Show Ellen. Jom kita layan.

Rahsia Kejayaan Chicarito Di Manchester United

Image
Javier Hernandez (Chicarito) menjadi pemain yang tampil mengejutkan buat Manchester United pada musim lalu. Chicharito yang dibeli oleh Alex Ferguson dengan harga yang agak murah dari Chivas telah membuktikan kebolehan diri bersama pasukan barunya dengan menjadi pemain yang berjaya pada musim pertamanya di England dengan menjaringkan 20 gol. Chicharito mengakui peranan besar kelab MU dalam membentuk dirinya hingga menjadi pemain yang menyerlah dengan cara permainan 'Red Devils'."Saya bekerja keras di kelab besar seperti Manchester," ujar Chicharito. "Saya bangun seawal pukul 8 pagi, saya sarapan lalu terus berlatih. Di sana saya bekerja keras dan seterusnya berlatih lebih keras di gim," tambah penyerang yang mempunyai kepantasan dalam larian itu. Salah satu langkah pertama yang dilakukan MU kepada Chicharito adalah memperbaiki postur badan. Semasa Chicharito tiba di MU, Alex Ferguson menyatakan bahawa Chicharito harus menambah berat badan supaya dapa

5 sebab Leonardo tinggalkan Inter

Image
1. Wang : Pemilik baru Paris Saint-Germain berasal dari Qatar dikatakan menawarkan gaji tinggi sehingga lima juta setiap musim bagi Leonardo. 2. Kontrak : Sebelum PSG membuat tawaran kepada Leonardo, dia pernah meminta kontrak jangka panjang sehingga musim panas 2013, tetapi permintaannya itu ditolak Massimo Moratti. 3. Permindahan pemain : Kebelakangan ini Leonardo meminta Moratti membuat tawaran kepada Kaka dari Real Madrid dan sebagai gantinya Inter harus merelakan Maicon dilepaskan. Idea ini ditolak oleh Moratti. 4. Coach : Leonardo dikatakan ingin menggantikan Giuseppe Baresi dengan orang kanannya iaitu Angelo Castellazzi. Tetapi Baresi tidak tersentuh mengenai perkara tersebut dan Moratti mustahil melepaskan Baresi. 5. Penyokong fanatik AC Milan : Beberapa sumber tak rasmi menyatakan bahawa Leonardo sudah tidak selesa berada di kota Milan. Ramai penyokong fanatik Milan melabelkan Leonardo sebagai pengkhianat sejak menyertai Inter bulan Januari lalu. Kehidupan Leonardo

Pembedahan Kembar Siam (Fara dan Saba Shakeel)

Image
Dr Benjamin Carson dari Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore akan menjalankan pembedahan jika keluarga Saba dan Fara memberikan kebenaran. Operasi pembedahan akan dilakukan di hospital swasta di Delhi di mana kembar telah menjalani ujian. Kembar Siam jarang ditemui dan hanya berlaku dalam kira-kira satu dalam setiap 200,000 kelahiran. Saba dan Fara adalah salah satu kembar yang bercantum di kepala, telah diperiksa di Hospital Delhi Apollo. Dr Carson menyatakan bahawa kembar 10-tahun itu dapat dipisahkan selepas menjalankan beberapa siri ujian di hospital berkenaan. "Dr Carson merupakan ketua proses pembedahan secara keseluruhan," Anjali Kapoor Bissell, jurucakap Hospital Apollo. "Beliau berpendapat ia adalah mungkin untuk menjalani pembedahan itu. "Sudah tentu aka nada risiko yang terlibat. Semua ini adalah bergantung kepada kaunseling dan persetujuan daripada keluarga," kata Cik Bissell. Komplikasi Semasa Pembedahan Saba dan Fara adalah kembar yang ber

Penderitaan Kembar Siam (Saba dan Fara Shakeel): Bapa Pohon Anak Mati

Image
PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan. Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar. Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi. Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. Benjamin Carson p/s: Kesian aku tengok kembar siam ni. Aku dengar pembedahan akan dilakukan yang diketuai oleh doktor Benjamin Carson ni. Klik sini untuk baca maklumat lanjut tentang pembedahan gadis kembar siam ni. Sumber

Funny Sports Moments

Image

New Home & Away Kit 2011/12 (Malaysian Pride)

Image
Home and Away kit bagi kelab Cardiff City bagi musim hadapan sangat menarik kerana pada bahagian hadapan jersey tersebut terdapat tulisan Malaysia.Jom kita ushaa. Apa komen korang?? Cardiff City Home Kit 2011/2012 Cardiff City Away Kit 2011/2012 Malaysia in front of Cardiff City Kit 2011/2012 Sumber : Cardiff City FC

Gerhana Bulan Kemerah-Merahan?Why?

Image
Cerita tentang gerhana yang berlaku aritu korang boleh bace kt sini..arini saya nak kongsi cerita tentang sambungan gerhana bulan penuh aritu..kenapa bulan tu berwana kemerahan.. Gerhana Bulan Penuh Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan menarik malam tadi apabila debu dari gunung berapi dekat Chile mengubahnya menjadi berwarna kemerah-merahan. Saintis berkata fenomena khusus – dikenali sebagai gehana bulan penuh sering mempamerkan warna tembaga. Namun, tahap warna bergantung pada jumlah debu dan habuk di atmosfera. Mereka yang gemar merenung bulan bertuah kerana terdapat banyak debu di udara menjadikan bulan muncul berwarna jingga atau kemerahan terutamanya di kawasan sebelah asia. Insiden dramatic gerhana bulan penuh paling lama itu sejak tahun 2000 mengubah bulan menjadi kemerah-merahan selama 100 minit ketika gerhana bulan penuh. Namun, rakyat eropah terlepas peluang untuk melihat peringkat awal gerhana kerana ia muncul sebelum bulan mengambang. Gerhana itu be

Telemovie InsyaAllah - Sinopsis

Image
Download Here Telemovie InsyaAllah meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap yang menonton dan menghayati cerita. Cerita ini mengisahkan tentang kepayahan nenek untuk membesarkan cucu-cucu kesayangannya seramai tiga beradik yang kehilangan ibu bapa kerana maut dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pulang ke umah neneknya selepas melawat sedara mereka yang berada di ICU. Abang yang sulung memang dibesarkan di kampong oleh neneknya. Dia memang sudah biasa hidup bersederhana di kampong. Abang yang sulung ini mempunyai hati yang lembut dan sangat perihatin dengan kesusahan yang dilalui oleh neneknya. Dia sanggup menolong neneknya kerana tidak sanggup melihat neneknya kepenatan keseorangan melakukan kerja. Kesibukan ayah dan mama menyebabkan mereka jarang pulang ke kampong. Kekangan ini menyebabakan adik-adiknya kurang diberi perhatian oleh keluarga. Mereka diberikan kemewahan sehinggakan mereka kurang bersyukur. Adik bongsunya pula sangat degil kerana terlalu dimanjakan oleh k

Download KL Gangster OST

Image
Download Here Artis : Filsuf feat Erna Title : Takhta (OST KL Gangster) Di mana tempat adanya kuasa Di situ juga adanya angkara Di mana ada namanya manusia Di situ juga adanya punca propaganda hipokrasi Yang rendah ingin menjadi tinggi Dan yang tinggi ingin mendominasi Yang lemah ingin menjadi gagah [00:21.03]Dan yang gagah ingin terus berada di atas Di dalam hiruk piruk kota Dalam mengejar cita-cita Dimana ada kuasa dan takhta Ramai yang telah menjadi mangsa Bagaikan tiada penghujungnya Bagaikan tiada titik nokhtah Seakan sudah biasa Entah bilakah akhirnya Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara-saudara ku Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju Peduli apa katamu, peduli apa kau mahu Bila senjata ku hunus Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu Cuma hanya ini yang ku mahu Bila kau menjadi kaku Bila kau sudah layu Bila kau tiada lagi bernyawa Aku sudah berada di atas takhta Di dalam hiruk piruk kota Dalam mengejar cita-cita Dimana ada kuasa dan takhta Ramai

Gerhana Bulan Penuh 16 Jun (2.20 a.m)

Image
Pada tahun 2011 ini, akan berlaku 2 kali gerhana bulan iaitu pada 16 Jun 2011 (2.20 am) dan pada 10 Disember 2011 (20.30 pm). Dengan lebih tepat, ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi . Pada malam ini kita boleh saksikan sendiri kejadian gerhana bulan yang berlaku. Banyak tempat-tempat yang kita boleh nampak dengan jelas kejadian Maha Pencipta ini. Contohnya di masjid negara akan disediakan teropong besar bagi tujuan melihat gerhana bulan tersebut. Tidak semestinya kita keluar pergi melihat sendiri, di internet juga bakal ada gambar Live kejadian gerhana bulan ini. Gambar-gambar akan dapat dilihat dalam page facebook "Malaysia Lunar Eclipe". Malaysia Lunar Eclipe Ada juga radio yang menyedi

Undang-undang pelik dunia!!!

THAILAND : * Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam. SWISS : * Dilarang berkebun di hari minggu. SWEDEN : * Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka. KOREA SELATAN : * Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan. SINGAPURA : * Dilarang berjalan (bogel) * Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda. UNITED KINGDOM : * Dilarang menjual sayuran di hari minggu . * Wanita dilarang makan coklat di tempat umum. MEXICO : * Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja. * Dilarang memaki di tempat umum. AUSTRALIA : * Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama. * Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari minggu. GREECE : * Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain. KANADA : * Dilarang memakai handiplast luka di tempat umum. * D

Ryan Giggs ketagihan seks???

Image
Apa dah jadi dengan pemain popular Man Utd sorang ni...dulu kecoh pasal Wayne Rooney,skg si Ryan ni pulak...cerita yang hampir sama dengan si Rooney jugak la. Kisah pemain tengah MU itu menjalinkan hubungan sulit selama lapan tahun dengan adik iparnya, Natasha dan peserta program realiti televisyen Big Brother, Imogen Thomas terbongkar pada minggu lalu. Dia dikatakan rela masuk pusat permulihan bagi merawat masalah ketagihan yang dialaminya. Diharapkan Ryan akan berubah selepas ini..Go The Red Devils!!!

WaNiTa DaN KeCanTiKaN...PaLsU???

Cantik luaran lebih penting daripada cantik dalaman??Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan. Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya. Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap