Arsenal buru Juan Mata?


Arsenal memulakan perburuan pemain dengan mendekati pemain tengah Valencia, Juan Mata. The Gunners telah menawarkan bayaran tinggi bagi mendapatkan pemain muda Sepanyol tersebut.


Arsenal berjanji akan sibuk di pasaran pembelian pemain pada musim panas ini untuk mendatangkan pemain berbakat bagi menguatkan pasukan. Setelah berjaya mendapatkan pertahanan muda Carl Jenkinson, Mata muncul sebagai buruan utama kelab Barat London itu.

Arsenal telah menawarkan wang sejumlah 18 juta pounds. Jika menjadi kenyataan, nilai ini menjadi jumlah terbesar buat Arsenal yang selama ini dikenal bersederhana dalam pembelian pemain.

Jumlah tersebut juga melebihi rekod pembelian tertinggi kelab selepas pembelian Andrey Arshavin dari Zenit St. Petersburg sekitar 13 juta pounds.

Dalam Official Website, Arsenal juga telah mengadakan perbincangan dengan ayah kepada Mata, Juan yang juga agen kepada pemain tersebut.

Pemuda berusia 23 tahun ini dikatakan bakal mengisi posisi Cesc Fabregas yang berkemungkinan akan berhijrah ke Barcelona.

Menurut media Sepanyol, Fabregas yang kini tengah bercuti bersama Carles Puyol dan Gerrard Pique dikabarkan telah menolak untuk bersama Arsenal untuk menjalani latihan pra-musim yang akan bermula pada bulan Julai ini.

Mata juga dikaitkan dengan kelab besar lain seperti Liverpool. Mata dikatakan merupakan pengganti Luiz Suarez.

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis The Pursuit of Happyness

Telemovie InsyaAllah - Sinopsis

Iced Jelly Mahkota Parade