Mexico Juara!!! Highlights dan Berita




8'[1-0] M. Bradley
23'[2-0] L. Donovan
29'[2-1] P. Barrera
36'[2-2] A. Guardado
50'[2-3] P. Barrera
76'[2-4] G. d. Santos



Mexico tampil bergaya sebagai juara Piala Emas dengan membenamkan Amerika Syarikat 4-2 dalam perlawanan akhir yang semalam. Mexico bangkit daripada ketertinggalan 2-0 kepada AS sebelum bangkit mencari rentak kemenangan dengan jaringan 4-2.

AS membuka jaringan pada minit-minit awal permainan iaitu pada minit kelapan permainan. Michael Bradley menanduk masuk bola ke gawang Mexico hasil sepakan sudut Freddy Adu.

Pada minit ke-23 AS menggandakan jaringan menjadi 2-0 hasil jaringan Landon Donovan. Landon Donovan memanfaatkan lorongan cantik Clint Dempsey dengan sepakan kaki kiri yang tepat ke gawang Mexico.

Mexico mengurangkan defisit gol hasil jaringan Pablo Barrera pada minit ke 29 selepas mendapat umpanan daripada Javier Hernandez dan menolak bola melepasi penjaga gol AS Tim Howard.

Tujuh minit berselang, Mexico berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2. Pertahanan AS gagal mengeluarkan bola hantaran Giovani dos Santos dari sebelah kanan padang sebulum dapat kepada Andreas Guardado sebelum di tendang masuk untuk jaringan penyamaan Mexico.

Pada babak kedua, Mexico terus mengasak dan berjaya menjaringkan gol awal separuh masa kedua iaitu pada minit ke 50. Barrera sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan menjadi mesin pencetak gol ketiga Mexico dan kedua bagi dirinya pada perlawanan tersebut hasil sepakan cantik dari sebelah kiri gawang AS.

Mexico mengukuhkan lagi kedudukan pada minit ke 76 hasil jaringan Giovani dos Santos yang berjaya memperdaya Tim Howard dan 6 pemain AS sebelum menolak bola lambung masuk kedalam gawang AS. Tim Howard hanya mampu melihat jaringan tersebut selepas gagal mengejar Giovani dos Santos untuk menangkap bola.

Kejayaan Mexico ini adalah yang ke 9 dalam sejarah penyertaan mereka dalam Piala Emas ini selepas menang pada tahun 1965, 1971, 1977, 1993, 1996, 1998, 2003 dan 2009. Kemenangan ini menolak keraguan ramai pihak selepas lima pemain Mexico yang gagal dalam ujian doping pada awal kejohanan berlangsung.

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis The Pursuit of Happyness

Telemovie InsyaAllah - Sinopsis

Iced Jelly Mahkota Parade