RSS
...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

Tanda-tand lailatul qadar dari hadis sahih

1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 1170/222).

2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan). 

3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

4. Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut as-Suyuti; hasan).

5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut) (Faidhul Qadier).

7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).

Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).

Cc:FB Maher Zain Malaysian Fan Club
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETUA KELUARGA BAHAGIA!!

Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai.

Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.

✔ Sentuhlah tangannya selalu.

✔ Ajaklah dia mandi bersama.

✔ Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.

✔ Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.

✔ Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.

✔ Tulislah nota cinta buat si dia.

✔ Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.

✔ Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.

✔ Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.

✔ Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.

✔ Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.

✔ Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.

✔ Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.

✔ Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.

✔ Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.

✔ Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.

✔ Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.

✔ Peluklah si dia sekerap mungkin.

✔ Sentiasa bertawakal kepada ALLAH

✔ Sentiasa berdoa pada ALLAH agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS