Telemovie InsyaAllah - Sinopsis


Download Here

Telemovie InsyaAllah meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap yang menonton dan menghayati cerita. Cerita ini mengisahkan tentang kepayahan nenek untuk membesarkan cucu-cucu kesayangannya seramai tiga beradik yang kehilangan ibu bapa kerana maut dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pulang ke umah neneknya selepas melawat sedara mereka yang berada di ICU.

Abang yang sulung memang dibesarkan di kampong oleh neneknya. Dia memang sudah biasa hidup bersederhana di kampong. Abang yang sulung ini mempunyai hati yang lembut dan sangat perihatin dengan kesusahan yang dilalui oleh neneknya. Dia sanggup menolong neneknya kerana tidak sanggup melihat neneknya kepenatan keseorangan melakukan kerja.

Kesibukan ayah dan mama menyebabkan mereka jarang pulang ke kampong. Kekangan ini menyebabakan adik-adiknya kurang diberi perhatian oleh keluarga. Mereka diberikan kemewahan sehinggakan mereka kurang bersyukur. Adik bongsunya pula sangat degil kerana terlalu dimanjakan oleh kedua ibu bapa mereka.

Pemergian kedua ibu bapa keluarga tersebut bagaikan sudah diketahui kerana sebelum bapanya bergerak ke Pulau Pinang, mereka ada berpesan kepada anak sulung mereka supa menjaga adik-adik kerana jika ibu bapa mereka tiada anak sulung mereka itulah yang bakal menjadi ketua keluarga.

Setelah pemergian kedua ibu bapanya, kehidupan mereka menjadi serba kekurangan kerana mereka dahagakan kasih sayang ibu bapa. Banyak halangan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh neneknya disebabkan kedegilan si adik yang sedang membesar itu. Tapi lama kelamaan, si adik ni mula faham dan semakin lembut hatinya menerima nenek dan abangnya itu.

Adik perempuannya pula agak sombong dan tidak mendengar nasihat orang. Dia sangat keras kepala. Saatu kejadian telah berlaku yang menyebabakan dia telah berubah menjadi lebih baik, dengar nasihat, pakai tudung.

p/s: Cerita ini menjadi pengajaran berguna kepada kita agar menjadi insan yang menyayangi keluarga kita. Semoga kita dapat ambil pengajaran daripada cerita ini.

Kredit to: myjaki.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis The Pursuit of Happyness

WaNiTa DaN KeCanTiKaN...PaLsU???