Telemovie InsyaAllah - Sinopsis
Download Here Telemovie InsyaAllah meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap yang menonton dan menghayati cerita. Cerita ini mengisahkan tentang kepayahan nenek untuk membesarkan cucu-cucu kesayangannya seramai tiga beradik yang kehilangan ibu bapa kerana maut dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pulang ke umah neneknya selepas melawat sedara mereka yang berada di ICU. Abang yang sulung memang dibesarkan di kampong oleh neneknya. Dia memang sudah biasa hidup bersederhana di kampong. Abang yang sulung ini mempunyai hati yang lembut dan sangat perihatin dengan kesusahan yang dilalui oleh neneknya. Dia sanggup menolong neneknya kerana tidak sanggup melihat neneknya kepenatan keseorangan melakukan kerja. Kesibukan ayah dan mama menyebabkan mereka jarang pulang ke kampong. Kekangan ini menyebabakan adik-adiknya kurang diberi perhatian oleh keluarga. Mereka diberikan kemewahan sehinggakan mereka kurang bersyukur. Adik bongsunya pula sangat degil kerana terlalu dimanjakan oleh k...