Rahsia Kejayaan Chicarito Di Manchester United
Javier Hernandez (Chicarito) menjadi pemain yang tampil mengejutkan buat Manchester United pada musim lalu. Chicharito yang dibeli oleh Alex Ferguson dengan harga yang agak murah dari Chivas telah membuktikan kebolehan diri bersama pasukan barunya dengan menjadi pemain yang berjaya pada musim pertamanya di England dengan menjaringkan 20 gol.
Chicharito mengakui peranan besar kelab MU dalam membentuk dirinya hingga menjadi pemain yang menyerlah dengan cara permainan 'Red Devils'."Saya bekerja keras di kelab besar seperti Manchester," ujar Chicharito.
"Saya bangun seawal pukul 8 pagi, saya sarapan lalu terus berlatih. Di sana saya bekerja keras dan seterusnya berlatih lebih keras di gim," tambah penyerang yang mempunyai kepantasan dalam larian itu.
Salah satu langkah pertama yang dilakukan MU kepada Chicharito adalah memperbaiki postur badan. Semasa Chicharito tiba di MU, Alex Ferguson menyatakan bahawa Chicharito harus menambah berat badan supaya dapat bersaing dengan pemain-pemain lain dalam Liga Perdana Inggeris.
Jurulatih kecergasan MU Tony Strudwick dan saintis sukan MU Gary Walker kemudian bekerja sama untuk menyusun jadual latihan Chicharito agar pemain bertinggian 175 cm itu lebih berotot.
Dalam program itu, Chicharito diwajibkan datang sejam lebih awal berbanding pemain-pemain lain di MU. Setelah pemanasan badan dilakukan, Chicharito kemudian diberikan dengan sejumlah latihan beban.
Selain membentuk tubuh, MU juga menetapkan diet yang ketat kepada Chicharito. Dia juga diminta membuat senarai makanan ala Mexico yang dia sukai, kemudian para chef di dapur MU akan memasakannya dengan nilai gizi yang lebih tinggi dan yang paling penting adalah rendah lemak.
Chicharito adalah seorang pemain yang menurut arahan dan tidak banayak songeh. Semua latihan dan pemakan yang diberikan diikuti dengan baik kerana itulah kunci kejayaan sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
"Saya dididik orang tua saya seperti itu. Jika kamu mengimpikan sesuatu dalam hidup, maka kamu harus bekerja keras. Saya tahu bola sepak ini adalah pekerjaan, tetapi saya sangat mencintainya," tegas Chicharito.
Comments