Posts

Showing posts with the label Sports

Arsenal buru Juan Mata?

Image
Arsenal memulakan perburuan pemain dengan mendekati pemain tengah Valencia, Juan Mata. The Gunners telah menawarkan bayaran tinggi bagi mendapatkan pemain muda Sepanyol tersebut. Arsenal berjanji akan sibuk di pasaran pembelian pemain pada musim panas ini untuk mendatangkan pemain berbakat bagi menguatkan pasukan. Setelah berjaya mendapatkan pertahanan muda Carl Jenkinson, Mata muncul sebagai buruan utama kelab Barat London itu. Arsenal telah menawarkan wang sejumlah 18 juta pounds. Jika menjadi kenyataan, nilai ini menjadi jumlah terbesar buat Arsenal yang selama ini dikenal bersederhana dalam pembelian pemain. Jumlah tersebut juga melebihi rekod pembelian tertinggi kelab selepas pembelian Andrey Arshavin dari Zenit St. Petersburg sekitar 13 juta pounds. Dalam Official Website, Arsenal juga telah mengadakan perbincangan dengan ayah kepada Mata, Juan yang juga agen kepada pemain tersebut. Pemuda berusia 23 tahun ini dikatakan bakal mengisi posisi Cesc Fabregas yang berkemungkinan akan ...

Mexico Juara!!! Highlights dan Berita

Image
8'[1-0] M. Bradley 23'[2-0] L. Donovan 29'[2-1] P. Barrera 36'[2-2] A. Guardado 50'[2-3] P. Barrera 76'[2-4] G. d. Santos Mexico tampil bergaya sebagai juara Piala Emas dengan membenamkan Amerika Syarikat 4-2 dalam perlawanan akhir yang semalam. Mexico bangkit daripada ketertinggalan 2-0 kepada AS sebelum bangkit mencari rentak kemenangan dengan jaringan 4-2. AS membuka jaringan pada minit-minit awal permainan iaitu pada minit kelapan permainan. Michael Bradley menanduk masuk bola ke gawang Mexico hasil sepakan sudut Freddy Adu. Pada minit ke-23 AS menggandakan jaringan menjadi 2-0 hasil jaringan Landon Donovan. Landon Donovan memanfaatkan lorongan cantik Clint Dempsey dengan sepakan kaki kiri yang tepat ke gawang Mexico. Mexico mengurangkan defisit gol hasil jaringan Pablo Barrera pada minit ke 29 selepas mendapat umpanan daripada Javier Hernandez dan menolak bola melepasi penjaga gol AS Tim Howard. Tujuh minit berselang, Mexico berjaya menyamakan kedudukan men...

Rahsia Kejayaan Chicarito Di Manchester United

Image
Javier Hernandez (Chicarito) menjadi pemain yang tampil mengejutkan buat Manchester United pada musim lalu. Chicharito yang dibeli oleh Alex Ferguson dengan harga yang agak murah dari Chivas telah membuktikan kebolehan diri bersama pasukan barunya dengan menjadi pemain yang berjaya pada musim pertamanya di England dengan menjaringkan 20 gol. Chicharito mengakui peranan besar kelab MU dalam membentuk dirinya hingga menjadi pemain yang menyerlah dengan cara permainan 'Red Devils'."Saya bekerja keras di kelab besar seperti Manchester," ujar Chicharito. "Saya bangun seawal pukul 8 pagi, saya sarapan lalu terus berlatih. Di sana saya bekerja keras dan seterusnya berlatih lebih keras di gim," tambah penyerang yang mempunyai kepantasan dalam larian itu. Salah satu langkah pertama yang dilakukan MU kepada Chicharito adalah memperbaiki postur badan. Semasa Chicharito tiba di MU, Alex Ferguson menyatakan bahawa Chicharito harus menambah berat badan supaya dapa...

5 sebab Leonardo tinggalkan Inter

Image
1. Wang : Pemilik baru Paris Saint-Germain berasal dari Qatar dikatakan menawarkan gaji tinggi sehingga lima juta setiap musim bagi Leonardo. 2. Kontrak : Sebelum PSG membuat tawaran kepada Leonardo, dia pernah meminta kontrak jangka panjang sehingga musim panas 2013, tetapi permintaannya itu ditolak Massimo Moratti. 3. Permindahan pemain : Kebelakangan ini Leonardo meminta Moratti membuat tawaran kepada Kaka dari Real Madrid dan sebagai gantinya Inter harus merelakan Maicon dilepaskan. Idea ini ditolak oleh Moratti. 4. Coach : Leonardo dikatakan ingin menggantikan Giuseppe Baresi dengan orang kanannya iaitu Angelo Castellazzi. Tetapi Baresi tidak tersentuh mengenai perkara tersebut dan Moratti mustahil melepaskan Baresi. 5. Penyokong fanatik AC Milan : Beberapa sumber tak rasmi menyatakan bahawa Leonardo sudah tidak selesa berada di kota Milan. Ramai penyokong fanatik Milan melabelkan Leonardo sebagai pengkhianat sejak menyertai Inter bulan Januari lalu. Kehidupan Leonardo ...

Funny Sports Moments

Image

New Home & Away Kit 2011/12 (Malaysian Pride)

Image
Home and Away kit bagi kelab Cardiff City bagi musim hadapan sangat menarik kerana pada bahagian hadapan jersey tersebut terdapat tulisan Malaysia.Jom kita ushaa. Apa komen korang?? Cardiff City Home Kit 2011/2012 Cardiff City Away Kit 2011/2012 Malaysia in front of Cardiff City Kit 2011/2012 Sumber : Cardiff City FC

Ryan Giggs ketagihan seks???

Image
Apa dah jadi dengan pemain popular Man Utd sorang ni...dulu kecoh pasal Wayne Rooney,skg si Ryan ni pulak...cerita yang hampir sama dengan si Rooney jugak la. Kisah pemain tengah MU itu menjalinkan hubungan sulit selama lapan tahun dengan adik iparnya, Natasha dan peserta program realiti televisyen Big Brother, Imogen Thomas terbongkar pada minggu lalu. Dia dikatakan rela masuk pusat permulihan bagi merawat masalah ketagihan yang dialaminya. Diharapkan Ryan akan berubah selepas ini..Go The Red Devils!!!