Pembedahan Kembar Siam (Fara dan Saba Shakeel)


Dr Benjamin Carson dari Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore akan menjalankan pembedahan jika keluarga Saba dan Fara memberikan kebenaran. Operasi pembedahan akan dilakukan di hospital swasta di Delhi di mana kembar telah menjalani ujian.


Kembar Siam jarang ditemui dan hanya berlaku dalam kira-kira satu dalam setiap 200,000 kelahiran. Saba dan Fara adalah salah satu kembar yang bercantum di kepala, telah diperiksa di Hospital Delhi Apollo.

Dr Carson menyatakan bahawa kembar 10-tahun itu dapat dipisahkan selepas menjalankan beberapa siri ujian di hospital berkenaan. "Dr Carson merupakan ketua proses pembedahan secara keseluruhan," Anjali Kapoor Bissell, jurucakap Hospital Apollo.

"Beliau berpendapat ia adalah mungkin untuk menjalani pembedahan itu. "Sudah tentu aka nada risiko yang terlibat. Semua ini adalah bergantung kepada kaunseling dan persetujuan daripada keluarga," kata Cik Bissell.


Komplikasi Semasa Pembedahan


Saba dan Fara adalah kembar yang bercantum di kepala dan berkongsi arteri yang membawa darah ke hati mereka dan saluran darah masuk ke dalam otak.

Kerumitan tambahan adalah kerana salah seorang daripada mereka iaitu Fara mempunyai dua buah pinggang manakala Saba pula tiada dan ini memerlukan pemindahan buah pinggang.
"Kami telah memberi banyak masa kepada ibu bapa Fara dan Saba memikirkan tentang perkara ini (pembedahan) dan membuat keputusan," pediatrik hospital Anupam Sibal.

Ketua neurosurgery pediatrik di Pusat Johns Hopkins Kanak-kanak, dan pasukan doktor menjalankan angiografi otak untuk menentukan sejauh mana kembar siam ini berkongsi urat yang membekalkan darah ke otak mereka.

Bapa kembar siam ini', Mohammad Shakeel Ahmad menyatakan bahawa beliau berharap keajaiban berlaku.


Copy and Edited from :BBC news

Comments

Popular posts from this blog

Sinopsis The Pursuit of Happyness

Telemovie InsyaAllah - Sinopsis

Iced Jelly Mahkota Parade